Tuesday, December 18, 2012

 
Anugerah Yang Diterima Prudential Bsn Takaful


Assalamualaikum buat semua pembaca blog ini..untuk makluman Prudential BSN Takaful telah diiktiraf pengendali takaful terbaik di Asia pada majlis Islamic Business & Finance Awards 2012.Buat anda yang masih belum mempunyai apa apa sijil takaful atau dah ada tapi tak faham apa yg anda ambil tu boleh dapatkan khidmat nasihat percuma boleh hubungi kami di 014-8368764 (izat) @ 014-8141341 (siti).Terima Kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada kami.

Friday, February 17, 2012

PruBSN TakafulLink_Satukan Matlamat Kewangan anda untuk Kebebasan Kewangan Sepenuhnya


PruBSN TakafulLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitanpelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan, anda  dapat memiliki
pelan takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah. PruBSN TakafulLink  adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 hingga 70 tahun.

Apakah manfaat-manfaat yang disediakan oleh PruBSN TakafulLink?


Dengan jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan menikmati manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.
Lengkapkan liputan perlindungan anda dengan manfaat-manfaat9 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.
7 Tertakluk kepada terma dan syarat
8 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda
9 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan


PruBSN FirstLink_Mulakan Langkah Pertama dengan Pelan Ideal.



Apakah PruBSN FirstLink?

PruBSN FirstLink adalah pelaburan caruman tetap pelan Takaful yang memberikan anda kebebasan untuk mengubah suai rancangan anda untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat hidup anda. Pelan ini juga meraikan pencapaian hidup anda melalui ciri-ciri yang unik, Bonus AchieveFirst.

PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berusia antara 19 hingga 25 tahun. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, anda boleh memilih pelan matang apabila anda mencapai 80 atau 100 tahun.

Apakah manfaat-manfaat yang disediakan oleh PruBSN FirstLink?

Ciri-ciri unik berikut disediakan hanya untuk anda melalui PruBSN FirstLink.
1 Tertakluk kepada terma dan syarat 
2 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda



 Bagaimana untuk meningkatkan lagi perlindungan PruBSN FirstLink anda?

Anda boleh meningkatkan taraf perlindungan anda dengan manfaat-manfaat3 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

3Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan

Wednesday, February 15, 2012

Syarat Kelayakan untuk menjadi Agent

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent PruBSN Takaful sama ada Part Time atau Full Time, berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.

Permohonan Agent baru

1. Syarat Kelayakan (minimum)

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (minimum lulus 5 matapelajaran)

2. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan agent baru

  • Melengkapkan borang permohonan asal (Fax tidak dibenarkan)
  • Sijil Akademik (min SPM/MCE dengan 5 subjek lulus)
  • Salinan IC (depan / belakang)
  • 6 salinan gambar berukuran passport (tulis nama dan no IC dibelakang setiap keping gambar)
  • Selection Interview Sheet ( 014-836 8764 (Izat))
  • Borang pendaftaran LIAM yang lengkap dan Yuran LIAM sebanyak RM 30.00
  • Sijil PCE & CEILLI atau slip keputusan peperiksaan. Buku rujukan PCE dan CEILLI, klik sini
  • Agent Agreement, Letter of Guarantee dan Code of Ethic & Conduct yang lengkap diisi
  • Borang Auto Pay

* Pemohon yang ingin mendaftar sebagai Agent Sepenuh Masa (full time) perlu menghantar salinan surat perletakkan jawatan daripada syarikat terdahulu

3- Latihan (Training)

  • Agent Foundation Training (AFT) - Attitude, Skill & Knowledge (ASK) (3 x seminggu selama sebulan)
  • Agent Advance Trainning (AAT) - Advanced ASK dan Sales Cycle ( 2 x seminggu selama 2 bulan)
  • Agent Review & Follow Up Follow Through (FUFT), Join field work etc. (1 x seminggu selama 3 bulan)

4- New Agent Monitoring, Coaching & Supervision

Mentoring dan Buddy-Buddy System
Maklumat tambahan. Untuk makluman anda, di Prudential/PruBSN bukan sahaja memberikan komisen atas sales yang telah kita buat. Malah yang paling best pada saya adalah BONUS. So, ini saya sertakan sedikit info mengenai struktur komisen & bonus.
Sebagai contoh kalau anda buat sales sebanyak 300,000 ACI (Annual Premium Income). Kalau 13% daripada 300K berapa? Bonus sahaja RM 39,000. Tak termasuk commission bulanan anda trip melancong ke Luar Negara.

Terima Kasih PruBSN Takaful

Client: Muhd Najmuddin Zakaria
Injury : Ligament Injury
Admit Hospital : Kuantan Specialist Hospital
Total Charge : RM 2279.80 client only pay RM300 for Co-Takaful(10%)
Keterangan pada gambar saya sudah cukup menceritakan kemudahan claim yang disediakan.


Testimonial Dari Kawasan Kemaman

CLAIM TERBARU 2012.

Anak saya Nurul Imani semasa mendapat rawatan di Kuantan Medical Centre disebabkan demam  dan kena jangkitan kuman pada paru-paru..bil dah dijelaskan oleh PruBSN Takaful dapat elaun pulak RM400x4 hari=RM1600
.





Penyakit merupakan satu ujian daripada Allah S.W.T tetapi dengan rawatan dan penjagaan yang sempurna,setiap penyakit boleh sembuh kecuali mati.Setiap rawatan yang baik memerlukan pembiayaan yang secukupnya...seperti pelanggan-pelanggan saya dibawah ni senyum je sebab bil anak  sudah dibayar oleh Prudential BSN Takaful..anda bila lagi...orang-orang kemaman ni..lepas keluar dari hospital dapat elaun wad pulak dari Prudential BSN Takaful. Dapat ganti balik duit perbelanjaan makan, minum, minyak kereta, parking dan sebagainya semasa menunggu anak sakit di hospital.







Keratan Akhbar

Di bawah terdapat beberapa keratan akbar yang mungkin dapat mengingatkan saudara dan saudari tentang berapa pentingnya insuran/takaful kepada anda dan keluarga anda.Kisah-kisah dibawah adalah kisah benar yang menyayat hati......



Tuesday, February 14, 2012

Anda Seorang Wanita, Anda Berhak Mendapat Yang Terbaik Melalui PruBsn Takaful Puteri

Penghargaan kepada Kaum Wanita.


Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang
mungkin timbul.

Memperkenalkan Takaful Puteri

Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita. Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:

1 - Takaful Puteri 
 Pelan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh
kaum wanita.
2 - Takaful Puteri Plus 
 Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain
daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan
terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.

Sunday, February 12, 2012

Takaful Health2 adalah semua yang anda perlukan.

Takaful Health2 adalah semua yang anda perlukan.

Apakah Takaful Health2 ?

Takaful Health2 adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar. Pelan ini juga menberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) jika tiada sebarang tuntutan dibuat bagi tahun tersebut. Anda boleh pilih sama ada Ko-Takaful atau deduktibel RM3000 atau RM10,000.

Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?

Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series.

Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK.

Terus nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN.

Kami memberi anda BONUS TAHUNAN sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan bagi tahun tersebut. Kekalkan kesihatan dan anda akan mendapat ganjarannya.

Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan.

Takaful Health2 memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.

Manfaat Bilik dan Penginapan yang bernilai lebih TINGGI.

Nikmati manfaat bilik dan penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health2. Kini, manfaat kami bermula dari RM150 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai RM50,000.

Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL

Selain ko-takaful, Takaful Health2 kini ada dua pilihan tambahan deduktibel. Pilih antara deduktibel bernilai RM3,000 atau RM10,000, yang mana memenuhi keperluan pelan perubatan anda. Sertakan bersama TH Retirement dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda jadi lebih berpatutan, ianya juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannya – semasa zaman persaraan anda.

Perlindungan TAMBAHAN sehingga UMUR 100

Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia 25, 70, 80 atau 100.

Kami beri LEBIH lagi

Rawatan LUAR NEGARA

Dengan TH Overseas, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindungi di Singapura, Hong Kong, China dan India.

Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tahunan UNTUK KESEMUA PELAN

TH Annual Limit Waiver kini dibuka kepada semua pelan Takaful Health2. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan anda.

NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi

Kami akan menaik taraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dua kali ganda tidak mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika sertakan TH Auto Upgrade. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.

LEBIH pilihan dan lebih BERPATUTAN.

Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah Rm100 sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.
Nota:
  • Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, pemegang sijil perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM300 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM1,000 untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan, dan ko-takaful maksimum sebanyak RM2,000 untuk Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Baki kos akan dibayar oleh PruBSn sehinggan Had Tahunan Keseluruhan.
  • Deduktibel ialah amaun tetap yang perlu dibayar dahulu oleh pemegang sijil tidak kira jumlah kos manfaat kelayakan (kecuali kos bilik & penginapan harian) untuk sebarang hilang upaya dalam tempoh 90 hari. Jika deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000 dipilih, pemegang sijil perlu membayar RM3,000 atau RM10,000 pertama daripada jumlah kos manfaat kelayakan (kecuali kos bilik & penginapan harian). Baki kos akan dibayar oleh PruBSN sehingga Had Tahunan Keseluruhan.
Jumlah manfaat yang dibayar untuk setahun adalah tertakluk kepada Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat yang dibayar sepanjang hayat adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup. Untuk kemasukan ke hospital akibat kemalangan, perlindungan bermula serta merta sebaik sahaja pelan anda diterima, manakala tempoh menunggu adalah selama 30 hari bagi akibat-akibat lain. Bagaimanapun, untuk penyakit-penyakit tertentu, tempoh menunggu selama 120 hari dikenakan.

Dengan penyertaan Takaful Health2, anda akan menerima kad perubatan Takaful Health2. Ianya memberikan akses kepada Bantuan Perubatan Kecemasan iaitu talian hotline 24-jam (dikendalikan oleh International SOS) yang boleh dipanggil dari mana-mana tempat di seluruh dunia pada bila-bila masa pada panggilan caj balik.

Kad Takaful Health2 boleh digunakan 90 hari selepas pelan anda diterima oleh PruBSN. Anda hanya perlu mengemukakan kad tersebut semasa dimasukkan ke mana-mana hospital dalam rangkaian hospital kami.

Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?

Sumbangan yang anda perlu bayar untuk pelan Takaful Health2 ditetapkan berdasarkan umur, kelas pekerjaan dan jenis pelan tertakluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.

Bukti Pembayaran Tuntutan