Sunday, December 27, 2009

Kad Perubatan Takaful Health 2

Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health(TH) adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan TH adalah seperti berikut :
  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun atau 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia.
  • Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
    Dan banyak lagii......
Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat TH (Takaful Health).
Perhatian :

Manfaat TH ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful atapun Deduktibel iaitu :

  • Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, pemegang sijil perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM300 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM1,000 untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan, dan ko-takaful maksimum sebanyak RM2,000 untuk Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Baki kos akan dibayar oleh PruBSn sehinggan Had Tahunan Keseluruhan.
  • Deduktibel ialah amaun tetap yang perlu dibayar dahulu oleh pemegang sijil tidak kira jumlah kos manfaat kelayakan (kecuali kos bilik & penginapan harian) untuk sebarang hilang upaya dalam tempoh 90 hari. Jika deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000 dipilih, pemegang sijil perlu membayar RM3,000 atau RM10,000 pertama daripada jumlah kos manfaat kelayakan (kecuali kos bilik & penginapan harian). Baki kos akan dibayar oleh PruBSN sehingga Had Tahunan Keseluruhan.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya .


2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar.
Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.


3- Apakah Pengecualiannya? Pengecualian yang biasa ialah:


  1. Kecederaan diri yang disengajakan.
  2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
  3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
  4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
  5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
  6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
  7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
  8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
  9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan. 10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
  10. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
  11. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
  12. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.
Nota Penting : Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.


Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut : Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung) Diabetes Mellitus Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah) Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil Hernia, buasir atau fistula Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.


Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.

No comments:

Post a Comment

Bukti Pembayaran Tuntutan