PruBSn Link Series


PruBSN Link Series
Fleksibiliti sepenuhnya di tangan anda – Dapatkan tawaran perlindungan dan pelaburan terbaik
Sama ada anda akan memperoleh ijazah anda, memulakan keluarga atau merancang untuk persaraan, anda perlu miliki sebuah pelan kewangan yang kukuh bagi menyokong matlamat anda serta menyediakan anda untuk sebarang ketidakpastian dalam kehidupan.

Berikut adalah beberapa soalan yang sering ditanya untuk membantu anda memahami produk kami dengan lebih baik.



 
PruBSN FirstLink
Mulakan dengan Rancangan Pertama yang unggul.

Apakah PruBSN FirstLink?

PruBSN FirstLink adalah pelaburan caruman tetap pelan Takaful yang memberikan anda kebebasan untuk mengubah suai rancangan anda untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat hidup anda. Pelan ini juga meraikan pencapaian hidup anda melalui ciri-ciri yang unik, Bonus AchieveFirst.

PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berusia antara 19 hingga 25 tahun. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, anda boleh memilih pelan matang apabila anda mencapai 80 atau 100 tahun.


Apakah tawaran PruBSN FirstLink?

Ciri-ciri unik berikut disediakan hanya untuk anda melalui PruBSN FirstLink.

  • Raikan pencapaian peringkat kehidupan anda
Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut dan kami akan RAIKAN pencapaian anda melaluiBonus AchieveFirst1. Anda akan menerima RM500 jika anda Berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun. Anda boleh membuat tuntutan ini sekali sahaja.
  • Membeli rumah pertama anda
  • Menunaikan ibadah Haji
  • Berkahwin
  • Menunaikan ibadah Umrah
  • Apabila anak anda dilahirkan
  • Memperoleh ijazah pasca siswazah
  • Peroleh Bonus Loyalti1
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu
  • Perlindungan berterusan semasa tempoh sukar1
Pelan ini memastikan bahawa perlindungan anda akan berterusan sehingga enam bulan jika anda tidak mampu membayar sumbangan akibat kehilangan pekerjaan

1 Tertakluk kepada terma dan syarat
2 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda



Bagaimana untuk meningkatkan lagi FirstLink PruBSN anda?
Anda boleh meningkatkan taraf perlindungan anda dengan manfaat-manfaat3 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan
  • Pelan perubatan terkini kami, Medic Essential, adalah satu pelan perubatan yang berpatutan. Ianya membayar balik bil-bil perubatan untuk kemasukan ke hospital dan pembedahan. Pilih daripada 5 pelan yang disediakan mengikut keperluan anda.
  • Anda juga boleh mengambil Hospital Benefit untuk pendapatan tambahan bagi kemasukan ke hospital
Sediakan pendapatan untuk yang tersayang
  • Pilih Family Income Benefit komprehensif kami yang akan membantu anda atau keluarga anda dengan menyediakan pendapatan bulanan jika anda disahkan menghadapi penyakit kritikal atau hilang upaya atau meninggal dunia
Perlindungan terhadap kemalangan
  • Pilih daripada tiga manfaat kemalangan utama kami, iaitu Accidental Death & Disablement, Accidental Medical Reimbursement dan Weekly Indemnity
Tingkatkan dana simpanan anda
  • Gandakan simpanan anda melalui pelaburan dengan Takaful Saver sama ada dalam Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti. Dana-dana agresif ini bersesuaian dengan anda jika anda mempunyai toleransi risiko yang tinggi.

3Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan

 
PruBSN SmartLink
Pelan Bijak Untuk Masa Hadapan Anak Anda


Apakah PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitian-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.


Apakah tawaran PruBSN SmartLink?
Nikmati ciri-ciri unik berikut yang disediakan melalui PruBSN SmartLink.

Anugerah kecemerlangan akademik
Cemerlang dalam pembelajaran anda dan kami akan MENGANUGERAHKAN anda dengan Bonus EduSmart4. Lebih tinggi sumbangan anda dalam pelan ini, lebih tinggi anugerahnya.
Peperiksaan Anugerah Pembayaran* (RM) Pencapaian Minimum
UPSR 50% daripada Sumbangan Perlindungan Tahunan 600 5A
PMR 100% daripada Sumbangan Perlindungan Tahunan 1,200 7A
SPM 150% daripada Sumbangan Perlindungan Tahunan 1,800 8A
STPM auau STAM 150% daripada Sumbangan Perlindungan Tahunan 1,800 4A
Diploma atau ijazah 200% daripada Sumbangan Perlindungan Tahunan 2,400 CGPA 3.5 atau Kelas Pertama
* Contoh pembayaran untuk sumbangan5 perlindungan tahunan berjumlah RM1,200
Peroleh Bonus Loyalti4 Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan5 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu
Pilihan pengeluaran dana Anda boleh membuat pengeluaran daripada dana pendidikan untuk menampung perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Ini termasuk Bonus Loyalti dan Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB) yang telah dikumpulkan.

4 Tertakluk kepada terma dan syarat
5 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda



Bagaimana untuk meningkatkan lagi PruBSN SmartLink anda?
Untuk mengukuhkan lagi pelan, manfaat6 tambahan berikut boleh disertakan untuk mendapat perlindungan tambahan.

Dapatkan perlindungan perubatan dan kesihatan
  • Sertai Takaful Health2 kami yang inovatif untuk perlindungan kemasukan ke hospital yang menyeluruh dan pembedahan yang memberi ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan jika anda tidak membuat tuntutan untuk tahun tersebut
  • Tingkatkannya lagi dengan Hospital Benefit atau Medical Cover untuk perlindungan tambahan bagi kemasukan ke hospital
Memastikan perlindungan yang berterusan
  • Pilih daripada pelbagai rider penyumbang yang akan membayar sumbangan masa hadapan anda jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa
  • Anda boleh memilih untuk mendapatkan Joint Contributor yang baru diperkenalkan yang melindungi anda dan pasangan anda bagi memastikan bahawa anak anda terus mendapat perlindungan
Bina dana pendidikan anak anda
  • Bina dana pendidikan anak anda dengan menyertakan Takaful Saver dan laburkannya dalam dana terurus kami, Takafulink Dana Urus
  • Untuk mengukuhkannya lagi, sertakan mana-mana rider Takaful Saver Contributor kami bagi memastikan dana pendidikan anak anda terus meningkat walaupun anda disahkan menghidap penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa
6 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan

 
PruBSN TakafulLink
Satukan Matlamat Kewangan anda untuk Kebebasan Kewangan Sepenuhnya


Apakah PruBSN TakafulLink?

PruBSN TakafulLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan, anda dapat memiliki pelan Takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.

PruBSN TakafulLink adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 hingga 70 tahun.


Apakah tawaran PruBSN TakafulLink?

Dengan jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan menikmati manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.
Peroleh Bonus Loyalti7 Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu

Lengkapkan liputan perlindungan anda dengan manfaat-manfaat9 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Tingkatkan perlindungan perubatan dan kesihatan anda
  • Hanya dengan Takaful Health2 anda boleh mendapat manfaat Bilik & Penginapan LEBIH TINGGI dan diberi GANJARAN melalui Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB). Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih opsyen ko-Takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000
  • Tingkatkan perlindungan perubatan anda dengan manfaat-manfaat berikut:
    • TH Auto Upgrade - Pelan anda akan dipertingkatkan ke pelan lebih tinggi secara automatik pada ulang tahun ke-5 atau ke-10 tanpa mengira keadaan kesihatan atau sebarang tuntutan perubatan yang anda telah lakukan
    • TH Annual Limit Waiver - Kini, TH Annual Limit Waiver disediakanuntuk semua pelan Takaful Health2. Anda boleh sertakannya dan membuat tuntutan sehingga had seumur hidup (tertakluk pada ko-Takaful) dalam tempoh satu tahun
    • TH Retirement - Jika anda memilih opsyen deduktibel untuk
  • TH Overseas - Dapatkan rawatan di luar negara iaitu di Singapura, Hong Kong, China dan India untuk LIMA jenis keadaan yang dilindungi – Pembedahan berkaitan dengan kanser, Pembedahan saraf, Pembedahan pintasan arteri koronari, Pembedahan injap jantung dan Pembedahan pemindahan organ
Perlindungan untuk penyakit kritikal Sertakan Crisis Shield atau Crisis Cover Plus untuk mendapat perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal
Tingkatkan dana simpanan anda Tingkatkan simpanan anda melalui dana pelaburan terurus kami, Takafulink Dana Urus, atau cepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam ekuiti melalui Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
Pelihara dana simpanan anda Kekalkan simpanan anda untuk hari kemudian dengan melabur dalam dana yang lebih terjamin, Takafulink Dana Bon
7 Tertakluk kepada terma dan syarat
8 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda
9 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan



Apakah manfaat lazim PruBSN Link Series?
Kematian
Penama anda berhak mendapat:
  • jumlah perlindungan asas, dan
  • nilai unit dalam akaun
Untuk pelanPruBSN SmartLink,jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, kadar jumlah perlindungan asas yang akan dibayar adalah seperti berikut:
Umur 1 2 3 4 5 dan ke atas
% Jumlah Perlindungan Asas 20% 40% 60% 80% 100%
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) Tertakluk kepada RM4 juta seumur hidup atas jumlah perlindungan Sebelum mencapai umur 70 tahun, jumlah perlindungan yang dibayar adalah tertakluk kepada jumlah sekali gus maksimum iaitu RM1 juta. Baki jumlah perlindungan akan dibayar pada ulang tahun pertama hilang upaya. Jika meninggal dunia lebih awal, baki sebarang jumlah perlindungan akan dibayar dengan serta-merta bersama dengan nilai unit dalam akaun.
Kematangan Nilai unit dalam akaun akan dibayar apabila pelan matang
Penyerahan Nilai unit dalam akaun akan dibayar kepada anda apabila anda menyerahkan sijil anda


Berapakah bayaran sumbangan saya untuk pelan ini?

Sumbangan10 perlindungan bulanan minimum untuk PruBSN SmartLink ialah RM50 manakala untuk PruBSN FirstLink dan PruBSN TakafuLink ialah RM100. Walau bagaimanapun, amaun sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada yang berikut:
  • umur anda
  • amaun perlindungan anda
  • umur kematangan yang anda pilih
  • status kesihatan anda
  • jantina anda
  • pekerjaan anda (jika berkenaan)

Contoh Jadual Sumbangan

Butiran Aida Daniel Saiful
Umur 23 5 35
Pelan PruBSN FirstLink PruBSN SmartLink PruBSN TakafulLink
Umur Tamat Tempoh 80 25 100
Status Kesihatan Bukan perokok Bukan perokok Perokok
Pekerjaan Eksekutif Kanak-kanak Pengurus
Jumlah Perlindungan11 RM66,000 RM36,000 RM60,000
Kekerapan pembayaran Bulanan Bulanan Bulanan
Amaun sumbangan RM100 RM50 RM100
10 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda
11 Ini adalah perlindungan minimum berdasarkan Sumbangan Perlindungan



Bagaimanakah PruBSN Link Series berfungsi?

PruBSN Link Series adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr di mana anda menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan yang kami sediakan. Perlindungan Takaful adalah daripada potongan Tabarru’ anda yang kami tempatkan dalam Dana Tabarru'.


Apakah caj-caj yang terlibat dalam PruBSN Link Series?

Butiran caj Wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah.

Jenis caj Butiran caj
Caj Wakalah pendahuluan Caj ini terdiri daripada komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan12 di bawah adalah berdasarkan sumbangan13 perlindungan anda.
Tahun sijil
Caj Wakalah pendahuluan
1 2 3 4 5 & 6 7 dan ke atas
60% 60% 50% 30% 20% 0%
  Untuk Takaful Saver, caj Wakalah pendahuluan ialah 5% sepanjang tahun sijil.
Caj perkhidmatan
  • Caj perkhidmatan adalah RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek sementara caj untuk cara bayaran lain adalah RM5. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.
Caj pengurusan asset
  • Kami mengenakan caj ini secara tahunan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.
    Takafulink Dana Bon 0.5% setahun
    Takafulink Dana Urus 1.3% setahun
    Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setahun
    Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setahun
Caj penambahan
  • Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.
Caj menukar ganti dana
  • Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganit ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).
Terbaru
  • Kami menolak suata amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan dan tempoh perlindungan


Adakah saya akan menerima sebarang Lebihan daripada pelan ini?

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%8 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru'

12 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang daripada 20 tahun. Ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.
13 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda
14 Peratusan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Syariah setiap tahun


 
Nota: Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.

Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mam

Bukti Pembayaran Tuntutan