Sunday, December 27, 2009

Kad Perubatan Takaful Health 2

Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health(TH) adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan TH adalah seperti berikut :
  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun atau 80 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia.
  • Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
    Dan banyak lagii......
Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat TH (Takaful Health).
Perhatian :

Manfaat TH ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful atapun Deduktibel iaitu :

  • Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana pemegang sijil akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, pemegang sijil perlu membayar 10% daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM300 dan ko-takaful maksimum sebanyak RM1,000 untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan, dan ko-takaful maksimum sebanyak RM2,000 untuk Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Baki kos akan dibayar oleh PruBSn sehinggan Had Tahunan Keseluruhan.
  • Deduktibel ialah amaun tetap yang perlu dibayar dahulu oleh pemegang sijil tidak kira jumlah kos manfaat kelayakan (kecuali kos bilik & penginapan harian) untuk sebarang hilang upaya dalam tempoh 90 hari. Jika deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000 dipilih, pemegang sijil perlu membayar RM3,000 atau RM10,000 pertama daripada jumlah kos manfaat kelayakan (kecuali kos bilik & penginapan harian). Baki kos akan dibayar oleh PruBSN sehingga Had Tahunan Keseluruhan.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya .


2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar.
Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.


3- Apakah Pengecualiannya? Pengecualian yang biasa ialah:


  1. Kecederaan diri yang disengajakan.
  2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
  3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
  4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
  5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
  6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
  7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
  8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
  9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan. 10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
  10. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
  11. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
  12. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.
Nota Penting : Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.


Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut : Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung) Diabetes Mellitus Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah) Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil Hernia, buasir atau fistula Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.


Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.

Untuk Temujanji dan Quotation

* Adakah Anda Mampu Menyediakan RM 50,000 Dalam Masa Yang Singkat Sekiranya Doktor Pakar Anda Memerlukannya Sebagai Kos Rawatan Anda?

* Adakah Anda Mempunyai Simpanan Yang Terjamin Untuk Persaraan Dan Simpanan Pelajaran Anak Anda?

* Apakah Yang Akan Terjadi Kepada Keluarga Anda Sekiranya Sesuatu Terjadi Kepada Anda. Bagaimanakah Mereka Akan Menyara Kehidupan Mereka?

Sudahkah Anda Bersedia? Jika Jawapan Anda TIDAK..... Anda Masih Belum Terlewat.... Produk Prudential BSN Takaful Kami Akan Membantu


Penting sangat ke takaful ni?

Apabila sebut pasal insurans, ramai kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah ‘rezeki ada di mana-mana’ dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.

Tetapi pernahkah kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras dan baru bertawakal.

Istilah Melayu ada menyatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.

Tidak kurang juga yang berpuas dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.

Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.

Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.

Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama ‘malang tidak berbau’. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.

Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.

Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya ‘dilindungkan’ melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.

Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.

Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM5 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.

Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi.

Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.

“Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.

“Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.

Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.

“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.

“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.
Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.

Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.

Oleh Wan Rahimah Draman
Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007
Nota : Petikan tersebut telah di edit bagi kesesuaian blog ini

Mengapa anda perlukan insuran?

Masyarakat kadang kala bertanya kepada saya - Mengapa mereka perlukan insuran,sedangkan kehidupan mereka sudah selesa? Mereka memiliki pekerjaan atau perniagaan yang sudah mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga dan usia mereka juga masih muda.
Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep insurans,sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.

Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans.Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans hayat bukan insurans kematian. Membeli insurans bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!

Sebaliknya,membeli insurans itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan,lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.

Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini,insurans itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.

Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yg merupakan 'insurans' kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yg berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yg timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yg anda lakukan sekarang.

Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi,meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.

Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans.

Cuma persoalannya sekarang:-

1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?

2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!

Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.

Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?

Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?

Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa,sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.

Kesimpulan:

Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda. Memiliki insurans merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.

Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.

Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

Penerangan tentang Manfaat Asas, Manfaat Opsional dan Tambahan

Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1. Manfaat Asas (Basic Sum Covered) i.e Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.

  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.

  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.

  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan

2. Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)

  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.

  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan

  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan)

  • Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh

  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi

  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.

  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3. Compassionate Benefit (Khairat Kematian)

  • Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.


4. Crisis Cover Plus (CCP)

  • Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)

  • Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.

  • Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered.

5. Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.

  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.


6. Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan (Accidental Death & Disablement))

  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).

  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)

  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)

  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.


7. Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)

  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.

  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
    Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.


8. Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun

  • Cuti Sakit akibat kemalangan. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)

  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).


9. Takaful Health Medical Card (i.e Kad Perubatan / Medical Card)

  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.

  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.

  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)

  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.


10. Medical Cover (Per surgical Allowance (Depending on Severity))

  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.

  • Elaun Hospital dimana bayaran untuk prosedur ringan ie.suntikan

  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU

  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)

  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
    1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)

  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level)


11. Elaun Hospital (Daily Hospitalization Allowance)

  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.

  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.

  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.

  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e

  • Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.

  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui

  • Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.

  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)


12. Elaun Lumpuh (Disability Provider)

  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.

  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.


13. Khairat Kematian

  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

14. Premium Percuma (Contributor Benefit)

  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.

  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor


15. Pulangan Pelaburan

  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.

  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).

  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Takafulink::Perlindungan 3 in 1

Pelan perlindungan 3 dalam 1

Takafulink merupakan produk terawal yang menawarkan kad perubatan yang pertama dalam industri takaful.Ia merangkumi 3 pelan dalam satu akaun.Iaitu Perubatan/Hospital,Perlindungan Asas (Kematian,Hilang Upaya Kekal dan Kemalangan) serta Simpanan didalam dana-dana yang diluluskan oleh Syariah.

Perubatan/Hospital

  • KAD PERUBATAN yang membiayai kos perubatan dalam hospital dari RM 500,000 sehingga RM 1,500,000 sepanjang hayat.
  • Pembayaran bil secara online di hospital panel.
  • Disemua hospital dan HOSPITAL PAKAR SWASTA seluruh Malaysia.
  • Semua jenis penyakit sehingga umur 70 tahun dan boleh diperbaharui sehingga umur 80 tahun bergantung kepada keperluan anda.
  • Elaun Hospital sehingga RM 400 sehari.
  • Rawatan pesakit luar ; Pre Hospital ( 30 hari),Post Hospital (90 hari),Khidmat jururawat dirumah,pembedahan balik hari,rawatan barah,dialisis dan lain-lain..(seperti yang dicas oleh hospital)
  • Rawatan pesakit luar sehingga RM 4,000 setahun untuk kemalangan.

Perlindungan Asas

  • Pampasan Kematian (Khairat kematian + simpanan/pelaburan)
  • Pampasan Hilang Upaya ( Elaun tahunan )
  • Pampasan 36 penyakit kritikal
  • Pampasan kemalangan (kematian,hilang upaya,kecacatan dan sebagainya)

Simpanan/Pelaburan/Pendidikan/Persaraan

  • Pelaburan dalam dana yang diluluskan syariah
  • Penambahan dan pengeluaran wang pada bila-bila masa dengan hanya meninggalkan baki unit sekurang-kurangnya RM4000.

FAEDAH-FAEDAH LAIN

Contributor

  • Tabungan percuma sehingga umur 80 tahun sekiranya pemegang polisi disahkan menghidap 36 penyakit kritikal

Parent Contributor

  • Tabungan percuma untuk ANAK sekiranya pencarum disahkan menghidap penyakit kritikal/Hilang upaya/Meninggal.(Sehingga anak berumur 25 tahun)

Spouse Contributor

  • Tabungan percuma untuk PASANGAN sekiranya pencarum disahkan menghidap penyakit kritikal/Hilang upaya/Meninggal.(Sehingga pasangan berumur 80 tahun)

What is the meaning of TAKAFUL?


TAKAFUL Concept

TAKAFUL is derived from the Arabic word 'al-Kafala' means a 'help-help' or 'bail-guarantee'. In the context of life insurance it is a concept of mutual assistance based on principles of shared responsibility, cooperation and mutual help maintain common interests. Each participant contributes on "Tabarru '" (donation) of funds will be used to assist one another in time needed.

Shariah-compliant investment




The monitor has a Shariah Council syarikat.Majlis syariah investment and operation is headed by YBhg Dato 'Haji Ahmad Haji Nakhaie as chairman of the Sharia and a member as stated in the Takafulink gambarajah.Oleh is a family takaful investment-linked based on the principles sharia. It has all the features you need.

Bukti Pembayaran Tuntutan