Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas. Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.
Bagaimana Pelan TAKAFULINK CERDIK Berfungsi Untuk Anak-Anak Saya?Lindungi Pendidikan dan Kesejahteraan Masa Depan Anak AndaPendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas. Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.
Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.
Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda, pendidikan dan perlindungan – dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.
Pelan yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan.
• Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
• Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
• Wujudkan satu dana pendidikan yang mantap untuk anak anda dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
• Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
• Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
Siapakah yang Boleh Menyertai Pelan TAKAFULINK CERDIK dan berapakah sumbagan Minima?
Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 2 minggu hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.Sumbangan minima untuk takaful cerdik adalah bermula dari RM 50.00 sebulan.
Lebihan Pengunderaitan & Perkongsian Keuntungan Pelaburan
Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan akan dikongsi di antara para peserta dan Pengendali Takaful pada kadar 70:30.
Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan akan dikongsi di antara para peserta dan Pengendali Takaful pada kadar 70:30.
No comments:
Post a Comment